Pokok Sinai,dibeli Dis 2005 di Thailand.
Harga sekitar Rm250 termasuk kos penghantaran.
Bougaenvillea Specabilis Antara Koleksi yg disayangi, ditanam semua Dis 2008.
Pemberian bapa mertua.dicantum dan dipasukan supaya nampak lebih menyerlah.
Kemboja,dibeli thn 2006,senang dijaga,dicantum bagi menghasilkan bunga yg berlainan warna.jangan letakkan dibawah teduhan,biarkan terdedah kepada cahaya matahari.
Bunga Kertas,tak perlu penjagaan yang rumit,cuma cantumkan
pucuknya bagi menghasilkan bunga yang berlainan warna.
Pokok Beruas pantai(Wahong Laut), ditanam sekitar Dis 2009.
Dlm proses pemulihan, sebelum dibentuk.
Kemboja,dibeli di Kuantan,sekitar 2006,
tertarik pada bentuk batangnya
Kemboja,dibeli thn 2007,sebagai koleksi
kerana bunga pada pokoknya ada 3 jenis.
Cycas/Bogak Jepun/King Sago Plam,
dibeli dan ditanam thn 2004,pokok ini mengeluarkan racun
sewaktu pertumbuhan pucuk baru.
Pokok Beringin(Ficus Benjamins), ditanam thn 2006,
cara tanam melalui keratan batang,
sesuai dijadikan bongsai kerana
mempunyai daun yang kecil.
Pokok Jeliti,ditanam thn 2008,mempunyai daun keci dan mengeluarkan bunga wangi bewarna putih, sesuai dijadikan bongsai.Harga mengikut keunikan pokok. dibeli sebagai koleksi peribadi.
Kayu Hitam dibeli thn 2005 dari Thailand,
menpunyai daun yg berkilat, dahannya mudah dilentur utk
menghasilkan kreativiti yg menarik.
Kemboja, antara koleksi yg senang dijaga.
Jeliti/Santalia (Wrightia Religiosa)
Antara koleksi ku yang pertama,
ditanam thn 2004 sewaktu bekerja di Kuantan.
Bunut (Ficus Microcarpa) Dibeli thn 2008,memiliki batang unik, penjagaan yang mudah,boleh dicantumkan.
Beruas pantai,ditanam Feb. 2010 dalam pemulihan
Cucur Atap (Beackea Frutescens)ditanam Feb 2010, masih dalam pemulihan. Merang Setiu habitatnya.1 antara 15 pokok yang dibawa pulang,lain-lain mati.
Jika kita cuba menjadikan sepohon bonsai dihalaman rumah sebagai daya kreatif peribadi, ini bermakna kita telah bertindak, mengajak jiwa dan pemikiran kita berkarya dan berbicara dengan alam.
Jiwa kita akan sentiasa terbuka, minda akan sentiasa memikirkan daya kreatif dan hati akan berkata-kata dengan pokok ( seolah-olah kita telah berkomunikasi dengan alam )